Fif: aku tak nak lelaki yang selalu lekat kat masjid dua puluh empat jam.Aku: apalah kau ni, baguslah kalau laki kau tu orang masjid.Fif: tak, maksud aku dia ada kat masjid bila sampai waktunya. Waktu-waktu lain biarlah dia dengan aku. Buat aktiviti yang kitaorang suka sama-sama.
Ciri-ciri lelaki idaman aku?
Entah, tak ada jawapan. Tak pernah letak syarat untuk
seseorang tu jadi pasangan aku.
Random choose.
Senang kata apa rupa dia pun,
kurus
handsome
pandai main ragbi
hebat berzapin
gamer
Semua aku terima.
Sebab manusia tu kan pelbagai.
Mana ada orang yang perfect. Kau tu pun, perfect sangat ke
nak cerewet-cerewet pilih laki?
Masak ayam masak merah pun belum tentu pas kan ?
Jadi toksah nak ribut menggelabah cari laki sempurna.
“Pasangan kita tu macam cermin kepada kita. Macam mana kita tengok perbuatan dia, macam tu jugaklah perangai kita. Aku takut jugak kadang-kadang. Jadi kalau nak yang baik kita kena ubah diri kita dulu”
Aku angguk
Tanda aku paham
Hari tu memang rasa macam tengah dengar ceramah kursus
kahwin
Aku terima sahaja apa yang mereka perkatakan
Serap dan serap dan serap
Cuma ada sekali-sekala aku mencelah, bagi pendapat
Tak lebih
Kemudiannya nama aku jadi topik
Mereka: aku tak sabar nak tengok antara kita nanti siapa yang kawin dulu. Bel dah ada calon. Nanti mesti bel kahwin duluAku: eh tak adalah. Lambat lagilah. Awal lagi. Dia kata tunggu dia ada degree dulu.Fif: bel dah ada ke? Aku ingat semua orang tak ada.Aku: (senyum sahaja)Mereka: tapi biasanya orang yang dah ada calon ni dialah yang paling last sekali kahwin.
Hmm, mungkin.
No comment.
Ini bukan urusan aku.
Tapi benda datang tanpa diduga.
Sebab tu aku terima. Doakanlah jodoh aku panjang.
Jika diizinkan, in sha Allah.
PAUSE
“ayah, nak kahwin. Akak tak sanggup lagi belajar. STRESSS !”
sambil tengok langit.
“dah tuh suruh lah bapak kau carikan calon. Tak payah
belajar dah.”
“tapi bapak aku kata, kalau nak kahwin kena ada rumah sendiri.
Nanti kalau dah kahwin, susah mana pun jangan mintak tolong dia. Dia suruh
belajar hidup sendiri”
“haa, kalau macam tu belajar jelah.”
“hmmmmmm” sambung tengok langit
Sebab dia percaya kalau kita tengok langit, bakal suami dia
pun akan tengok langit yang sama.
Dulu dia pernah punya hati pada seseorang.
Setiap hari senyumnya berbunga-bunga.
Ada bunga api dalam hati.
Sampai satu hari dia tahu orang itu ada tuannya.
Sejak hari itu dia kembali merenung langit.
Tenung atas alasan tadi.
“Sebab dia percaya kalau kita tengok langit, bakal suami dia pun akan tengok langit yang sama”
Semoga jodohnya dipercepatkan.
No comments:
Post a Comment