Ini bukan bicara orang baik-baik , bukan medan tunjuk riak .
Cuma aku ada kemusykilan dalam beberapa perkara . Biasalah
kita manusia .
Suka berfikir perkara remeh , ringan , tak berfaedah .
Memang resam kita . Cara aku . Begitu .
Maaf kalau tulisan ini nampak kaku sebab aku dah lama tak
menempel di legar blog.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelmarin aku pergi terawikh . Alhamdullilah ada kesempatan
jugak jejak surau.
Walaupun tak duduk dalam ruang aircond rasa puas tu ada.
Sikit.
‘Rapat-rapatkan saf ’ laung imam .
Apa lagi , terus amek port masing-masinglah . Solat nak mula
dah nih.
Isyak dulu sebelum terawikh.
‘Allahuakbar ! ‘
Baca doa iftitah , baca al-fatihah.
Tup-tup terkalih ke baris depan . Ah sudah ! Nampak lopong.
Tadikan tak ada, guanna boleh wujud pulak nih !
Macam mana ni . Semua dah mula solat.
Kalau nak ke depan , memang tak muat walaupun aku tak gemuk. Tapi tak kan nak menyelit pulak .
Dahlah derang satu geng telekung lycra kaler-kaler tu . Aku
telekung putih je.
Tak boleh geng, tak boleh geng.
Habislah . Berdosa ke aku tak pergi depan ni . Macam mana ni ?!
“ Kenapalah dorang tak rapat-rapatkan lopong tuh . Tak
dengar ke tadi dah suruh rapatkan saf ?”
Time-time tulah terbayang-bayang gambar rajah cara-cara bentuk
saf yang betul.
Kedudukan kaki , bahu , tumit .
Kalau tengok kat facebook , ramai je orang share .
Teringat masa sekolah rendah dulu ustazah selalu cakap :
‘kalau ada ruang kosong dalam saf tu , nanti syaitan yang
akan duduk. Sebab tu solat tak khusyuk’
Persoalannya, sekarangkan bulan puasa .
Mana ada syaitonirrajim.
Sepatutnya nilah masa kita nak merapatkan mana yang renggang.
Kukuhkan mana yang goyah . Sebar-sebarkan kebaikan .
Tapi nasib baik nak masuk solat terawikh tu , derang dah
tarik lengan masing-masing .
‘Meh sini sikit. Tak syok ahh geng , kita solat jemaah tapi tak rapat-rapat'
Mungkin gitulah ayat makcik telekung turquoise kat makcik
telekung putih sebelah dia.
Aku teka je.
PAUSE
.
.
.
.
.
.
.
Aku petik satu status kat facebook ni . Dah lama tapi berkesan .
Terngiang-ngiang.
"jemaah sekarang , makin kita rapat makin dia menjarak ."
-shud-
Refleks diri kita .
Tak mustahil kita jugak boleh jadi pembunuh ummah .
Kalau dah kita timbulkan huru-hara dalam surau. suruh bersatu pun tak mahu .
Apa lagi gelaran yang layak untuk kita ?
Tak tengok lagi yang biarkan anak melaung menjerit macam kena sampuk.
Macam mana jemaah lain nak khusyuk .
Pendam je dalam hati rasa marah sebab tak tahu anak siapa .
Kalau dah sampai tahap macam ni sekali lah kan .
Kita husnuzon jela nak .
Sekali lagi , ini bukan tulisan orang baik-baik . Maaf andai tersilap kata .
No comments:
Post a Comment