Tuesday, June 9, 2015

INNAHAZA-LARIZKUNA-MALAHU-MINNAFAD

disclaimer: kongsi-kongsikan kebaikan ini untuk bersama. takada niat nak menunjuk pun. cuma aku nak berkongsi. pandang pada yang positif. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



beberapa hari yang lepas ada kawan komen dekat instagram aku:



"untungla @nnbilakhalib asyik orang payung. haha"



semuanya sebab aku selalu post gambar makanan.
berderet jugak.


rezeki dik, orang bagi takkan kita nak tolak.
orang dah pelawa takkan nak kata taknak?
kalau awak pun awak terima kan? 


tapi memang aku dapat rasa.
sepanjang study week tak putus-putus orang pelawa nak belanja.
boleh dikatakan setiap hari.

walaupun sekadar aiskrim goreng,secret recipe, aiskrim malaysia, makan tengahari, durian creep, dinner, kfc, baklava, budu, teafee, pizza, pulut mangga ......


cukuplah untuk rasa kenyang setiap hari.
alhamdullilah sangat-sangat.


ni pun baru tadi dinner orang belanja makan, 
lepastu tiba-tiba linda mention dekat twitter:



'jom order. haha'
'order apa? air ke?'
'order pape yang patut. jom malam ni aku payung'


Allahuuuu .


bohonglah kalau kata aku tak rasa bersyukur.
kalau dicampur semua, dah berapa banyak dah rezeki jatuh dari langit?
kira lepastu fikir,
takkan dah tua bangka pun masih nak kufur nikmat ?



betul-betul tuhan bagi bahagia.








PAUSE













sebenarnya dah lama tuhan gerakkan hati untuk ini.

sekadar ini. takde lain.





Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis
(38:54)



betul-betul baru amal lebih kurang seminggu.
mula masa minggu-minggu sebelum study week haritu.


sekali tiap kali nak bukak wallet .
33 kali setiap kali lepas solat.
.
.
(selingan)
tapi kalau kau pesen solat tinggal-tinggal
boleh kot penuhkan yang lopong-lopong tu dulu
lepastu baru slow-slow cuba tips ni.
(tamat selingan)
.
.
sebenarnya dah pernah amalkan sebelum ni.
tapi bukan kau tak tahu, 
istiqamah ni kan tergolong dalam perkara yang paling susah sekali nak buat dalam dunia.


pertama istiqamah
kedua maafkan orang
ketiga husnudzon (bersangka baik)


start daritu, fikir baik je. sebab hati dah kena jentik.
paksa diri jugak walaupun kadang-kadang rasa malas.


aku: aku rasa lapang sangat rezeki sepanjang study week ni. Rasa hari-hari orang belanja 
ati: tulah, sampai kitaorang pun rasa tempias sekali. Belanja itulah inilah


alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdullilah


kalau kau tak percaya, kau cuba.
aku jamin kau akan rasa.
cuma antara kau percaya atau tidak.
tapi nasihat aku yakinlah .
yakin, yakin,yakin ! lepastu istiqamah.


"haritu aku baca rahsia owner bella ammara . rupanya owner dia tu lelaki. 
dia kata ada 3 perkara kalau nak murah rezeki. 
solat dhuha, bangun awal. pukul 5 pagi tu da paling lambat dah nak bangun.yang ke tiga sedekah.
aku kan dah lama tak solat dhuha. 
jadi lepas baca tu aku solatlah dhuha. malam tu terus ada orang order tudung satu kodi."
-kawan partner bisnes tudung -



betulkan? 
buat je apa yang tuhan suruh. nanti dia bagilah apa yang kau nak.


cuma kita (baca aku) ni manusia biasa je. tak mampu nak buat semua serentak dan berterusan .
(tahniah pada yang boleh .memang awak hebat!)

tak apa . perlahan-lahan.
innaha-larizquna-malahu-minnafad dulu. cuba.
buat berterusan. kalau malas, paksa jugak !
tak peduli.


aku: kadang-kadang rezeki tu tak semestinya datang dalam bentuk makanan. ada hari memang takde orang belanja. tapi haritu ada rezeki ampai. sebab selalu aku nak basuh baju mesti penuh. 
ain: benda-benda macam ni sebenarnya kita kena rasa sendiri. kalau tak macam mana kita nak tahu.



sekali lagi betul.
kalau kau tak nampak rezeki tuhan yang besar-besar cuba kau buat refleksi sikit.
memang haritu takde orang nak belanja, takda jumpa duit tepi jalan. tapi : 

kau senang dapat parking kereta kira rezeki.
kau dapat naik bas terus nak pergi kelas tak payah tunggu lama kira rezeki.
kau dapat guna mesin basuh tak payah beratur kira rezeki.
kau dapat hafal formula dengan sekali baca pun kira rezeki jugak.


rezeki tu kan datang dalam macam-macam bentuk?
bukan setakat duit je.



kan?



ok, sekarang cuba fikir,
putus cinta tu satu rezeki jugak tak ?






MUNGKIN. 
siapa yang tahu kan?



senyum :)






2 comments: