-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
21 JANUARI 2017 (SABTU)
tak sempat fly lagi, azim dah buat hal.
padahal boarding pass dah siap check in, dah siap print.
dia silap bagi ejaan nama ayah.
maka beria la azim ke sana ke sini nak settle kan masalah yang satu ni.
well, salah sendiri pun. :p
![]() |
and the journey starts here |
ada orang dah mintak itinerary awal-awal untuk this trip.
so, here it is. aku tulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah.
hopefully dapatlah tolong/bagi guide untuk sesiapa yang nak try explore jogja nanti.
DAY 1
(AIRPORT-EDU HOSTEL-ALUN ALUN KIDUL)
(AIRPORT-EDU HOSTEL-ALUN ALUN KIDUL)
Plan asal nak pergi gumuk pasir petang hari pertama untuk main sand boarding.
Last minute cancel sebab flight delay, hari hujan plus perjalan nak ke jogja agak jauh.
KL-SOLO-KL= RM150
KL-SOLO= 2 jam setengah
SOLO-JOGJA= +/- 2 jam kalau naik kereta. (option lain, naik train)
SIMCARD:
Siapa yang nak roaming, silakan. Tapi sebab takut bil melambung tiba-tiba, kitorang pilih untuk beli local simcard then buat hotspot.
![]() |
Simcard SIMPATI : 67k (+/- RM 22) untuk 4G data. (boleh dapat harga lagi murah, try survey kedai lain) |
HOTEL:
Boleh try google EDU Hostel. 960k (+/- RM319) -4pax utk 4hari 3mlm. Deposit 50k (+/- RM16) per room. Breakfast included. Very comfortable and highly recommended. Cuma tandas dia tak ada water jet. Boleh google dulu before book. Wifi hanya dekat lobi hotel.
** sila bawak kain batik/tuala sendiri. Iron disediakan sampai pukul 9 malam sahaja.
![]() |
Pintu masuk utama |
![]() |
Breakfast hari pertama |
![]() |
Breakfast hari terakhir |
Siap check in, letak barang, guling guling atas katil, terus gerak pergi makan sebab masing-masing dah kebulur. Request supir untuk bawak makan makanan yang memang kena cuba kalau datang jogja.
![]() |
Nasi gudeg (Lokasi: Restoran Gudeg Yu Djum) |
NASI GUDEG:
Nasi gudeg (nangka): nasi putih + nangka + kerecek (kerepek kulit lembu, rasa/structure lebih kurang mcm babat) + telur pindang + ayam .
Lauk boleh pilih. Nasi + gudeg +telur = 16k (+/- RM5). S-tee rasa mcm greentea jasmine
Nota: Harga makanan kat sini tak banyak beza mcm kat Malaysia. Boleh dikatakan sama je dengan Malaysia.
ALUN ALUN KIDUL
5-10 minit perjalanan kalau naik kereta dari hostel
![]() |
Beca kerlip |
Setiap org kena kayuh sbb beca kerlip ni berat. Nak laju pun tak boleh. Kalau kat Malaysia, lebih kurang mcm naik beca berhias kat Melaka. Cumanya, kita kayuh sendiri. Habis satu round, confirm berlencun .Pakej berhibur sambil bersenam untuk hari pertama checked.
Tips: Elak utk pergi malam minggu sbb jln akan padat dgn kereta dan manusia.
Untuk sekali naik, it will cost u around 50k (+/- RM16) per round. This beca can be occupied up to 6 persons, bergantung kapasiti beca.

Lepas penat kayuh, lepak dekat dataran makan jagung bakar

DAY 2
(HUTAN PINUS-GOA PINDUL-SG OYO- PANTAI TIMANG-BUKIT BINTANG)
(HUTAN PINUS-GOA PINDUL-SG OYO- PANTAI TIMANG-BUKIT BINTANG)
HUTAN PINUS
Kena masuk pedalaman kampung untuk sampai kat kawasan ni. View memang super cantik. Kalau pilih untuk datang hujung minggu, sila siap sedia untuk berhadapan dengan kepadatan manusia dekat sini. Nak ambil gambar kat spots yang cantik pun kena beratur tunggu giliran.
Tips: Use proper shoes. Kalau musim hujan jaga-jaga tanah licin berlecak. Jangan pakai baju meleret nanti kena lumpur. Try utk panjat semua tempat kalau nak dpt gambar-gambar cantik.
Tips dua: Kalau nak memanjat, pastikan getah pinggang seluar tak longgar.
GOA PINDUL- SUNGAI OYO
So much fun dekat sini. Sesuai utk yg suka main air.Sebelum sampai sungai oyo kena try caving kat goa pindul. Boleh tgk stalagmite and stalactite dlm gua .kalau dongak atas, akan nampak ada banyak kelawar tgh bergantungan.
Tips: bawak waterproof cover sendiri. Kalau ada penjual kejar, dah ada alasan untuk tak nak beli yang baru.
![]() |
Entrance gate |
![]() |
Life jacket/kasut dia sediakan |
Habis seronok dekat goa pindul, boleh naik kolt (sejenis lori) untuk straight pergi sungai oyo. Jalan sangat adventure sebab tak ada tar. Make sure pegang kuat-kuat.
![]() |
Berenang sampai cramp |
![]() |
Paling syok, naik kolt |
Puas main air, badan dah penat, terus cari makan.
SUP AYAM:
Nasi putih + sup ayam kampung + keropok + teh ais = 21k (+/- RM 6). Nasi campur pun ada, ayam goreng garing pun ada. Harga ikut menu.
![]() |
Lokasi: Sup ayam klaten (on the way balik dari sungai oyo) |
PANTAI TIMANG
This place is a must. View mashaAllah subhanaAllah mmg cantik sgt sgt sgt. Boleh try naik gondola untuk seberang sana. Jalan nak sampai ke sini memang agak adventure . Boleh sewa ojek (motor) . Kami pakai supir so, masuk dlm pakai kereta.
![]() |
Antara spot cantik untuk bergambar |
250k (Rm80 ++) untuk naik gondola and 5k (+/- RM1) per kepala untuk setiap spot gambar cantik. Max, 10-15 minit. Boleh try makan lobster kat area kg timang. Price around Rm45 seorang.
![]() |
The gondola |
Careful dengan keadaan batu kat sana. Takut jatuh tersadung.
**Make sure beli travel insurans sebelum pergi bercuti. Kalau jadi apa-apa, boleh claim kemudian.
![]() |
Batu pantai timang |
Nota: Try turun kat tepi pantai untuk rasa dan tengok ombak yang super cantik. Bawak air yg mencukupi untuk cuci kaki.
Nota dua: Tempat ni tak boleh mandi. Ombak terlalu kuat.
BUKIT BINTANG
Tak ada dalam itinerary asal.
Kebetulan sekali jalan untuk balik ke jogja, singgah sekejap. Permandangan macam kat Bukit Ampang. Boleh makan jagung bakar, minum kopi sambil feeling-feeling romantik kat puncak bukit.
Tak kenyang makan jagung, pergi sambung melantak ayam penyet pulak.
AYAM PENYET SURABAYA:
AYAM PENYET SURABAYA:
Adik beradik wong solo. Senang kata, wong solo versi Indonesia.
Password wifi, wong solo.
Tips: Kalau nak makan malam, sila datang awal. kebanyakkan kedai makan kat jogja tutup dalam pukul 9/10 malam ( 10/11 waktu Malaysia).
![]() |
Ayam penyet kampung:19k (+/- RM6) (ada bebek, pecel lele etc) |
![]() |
Datang waktu kedai nak tutup so banyak menu dah habis |
Tips: Kalau nak makan malam, sila datang awal. kebanyakkan kedai makan kat jogja tutup dalam pukul 9/10 malam ( 10/11 waktu Malaysia).
--------------------------------bersambung part 2--------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment