Sunday, January 29, 2017

MALAYSIA-YOGJAKARTA (part 2)

DAY 3 
( PUNTHUK SETUMBU-GEREJA AYAM-BOROBUDUR-KALIBIRU-AIR TERJUN KEDUNG PEDUT)

Aktiviti hari ketiga tak extreme macam hari kedua. hari ketiga lebih kepada jungle tracking, hiking, panjat-panjat. Sila siapkan mental dan fizikal secukupnya.


PUNTHUK SETUMBU

Boleh catch sunrise dekat puthuk setumbu sebelum 530pagi. Kitorang keluar dari hostel pukul 330 pagi. Hostel-punthuk setumbu ambil masa +/- 1jam perjalanan. Entrance fee 15k (+/- RM5) per person. 


Tips: Boleh beli biskut siap-siap buat alas perut. Kalau tak nak, sepanjang jalan nak naik atas ada je gerai-gerai yang jual jajan/kopi/sarapan ringan. Tinggal sediakan duit je. Pastikan bawak air yang mencukupi. Eta dari parking- puncak bukit, dalam 10-15 minit pendakian (track dalam bentuk tangga).


selfie muka tak cukup oksigen

Gambar gelap sebab masih awal pagi

Untuk puthuk setumbu, tak ada bayaran yang dikenakan kalau nak bergambar

GEREJA AYAM

Dari punthuk setumbu boleh straight ke gereja ayam lalu jalan hutan. Orang kata kat track tu la rangga dengan cinta berlari bekejaran. Sis tak tengok lagi AADC2 jadi sis tak tau.

Tips: Use proper shoes. 25k (+/- RM8) per entrance. Rajin2 jogging before dtg jogja . Tempat tinggi byk tangga nak daki. Banyak lumpur nak pijak. 


Candid beria


At the top of gereja ayam.
Muka nampak happy, padahal kaki sakit mcm nak patah.


Dari sini puncak gereja ayam, boleh nampak Merapi, gunung sumbing and Borobudur.
Sejuk kat atas ni bukan main seronok. 


Dalam gereja ayam
Sejarah bukit rhema.
Lokasi: Bilik bawah tanah gereja ayam


Gambar dari bawah
Asalnya kitorang kat atas tu

BOROBUDUR

Personally tempat ni biasa. untu peminat sejarah dan seni, mungkin tempat ni sesuatu. Tapi kena try datang dan daki. Sbb borobudur ni tanda mercu utk jogja. Ketinggian,10 lantai.




Jarak pintu masuk -candi lebih kurang 200m

Boleh baca sejarah borobudur dulu sebelum teruskan pendakian


Come on, nenek-nenek pun larat sampai kat atas, takkan orang muda tak mampu?










Tips: bawak student card kalau nak diskaun. 130k(+/- RM43)- student price, 260k(+/- RM80)- non student price. cuba elak datang hujung minggu kalau taknak jadi human sandwiches.






Nota: Pintu masuk dengan pintu keluar tak sama, Jangan pisah jauh sangat kalau pergi berkumpulan. takut susah nak cari balik.

Nota dua: Sila kuatkan iman masa nak masuk/keluar dari borobudur. sebab para penjual souvenir akan kejar dari setapak kau masuk sampai langkah terakhir kau keluar dari Borobudur. 


KALIBIRU



5k (+/- RM 1) untuk entrance fees. Ada 5 spots cantik untuk amek gambar. Untuk amek gmbr kt setiap spot akan ada bayaran yg berbeza. Naik spots harga lain (around 10k-20k) , amek gambar harga lain (15k utk 4 keping gambar). Photographer disediakan.

Tips: kalau nak jimat tak payah pakai photographer. Mintak tlg supir amekkan. (kalau pakai supir la).


Kalau berani, boleh la try lompat




Lepas berjaya harungi semua aktiviti fizikal, masing-masing reward perut sendiri. 6k (RM2) untuk maggi + sayur + telur. 5k (+/- RM1) untuk satu pisang goreng. Pergi jauh2, masih maggi jugak yg paling sedap. 




Pisang goreng/tempe cicah sambal kicap

The tukang masak

KEDUNG PEDUT

This was unplanned trip. Since ada masa lebih, supir ajak pergi air terjun. Jarak perjalanan dalam 30minit dari kalibiru.


 Asalnya nak rendam kaki je sebab masing-masing tak bawak baju. At last semua berlencun sbb tak mampu tahan godaan air sejuk. Dengan supir sekali terjun dalam air.




20k (+/- RM6) untuk non local, 6k (+/- RM3) utk indonesian. Supir guna trick dia, so kitaorg masuk guna local price. locker simpan barang disediakan . 1 locker = 5k (+/-RM1). Tandas nak salin baju/mandi 2k (+/- RM0.60).








DAY 3 (RUMAH BATIK TIRTO NOTO-MALIOBORO)

RUMAH BATIK TIRTO NOTO

Salah satu kedai batik yang famous. Kain batik lepas yang cantik/berkualiti boleh dpt dengan harga 68k(+/- RM22) sehelai. Baju tidur batik, beg batik, shawl batik etc pun boleh dapat kat sini. 

Nota: sila bijak dalam buat perbandingan harga. Kebanyakkan harga sudah pas (fixed price).





Tiba azim bertemu jodohnya.

Sempat singgah malioboro malam tu tapi tak sempat habis shopping sebab dah lewat. Jadi semua orang decide untuk sambung beli belah esok pagi. Jadi aktiviti terakhir kitaorang untuk malam ketiga di jogja, makan satay.

Lupa nak tengok nama kedai

SATAY:

Satay ayam/kambing: 10 btg satay ayam + nasi impit satu pinggan= 22k (RM7++). 10 btg satay kambing + nasi impit= 28k (RM9++). Ada option lain, hati dan telur. Kat sana satay kambing makan dengan kicap manis ABC.




-------------------------------------------------bersambung part 3--------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment