Masuk kelas thermodynamics
lecturer : mana yang lain ? tak datang ke ? takkan ni je ? ( kurang dari 20 orang )
kelompok 1: on the way.
kelompok 2: dah balik kampung !
lecturer: Awalnya balik kampung ?
kemudiannya attendance sheet diedarkan
pelik
sebab sebelum ni, lecturer xpernah ambil kedatangan
Beberapa minit kemudian,
masuk lagi sekumpulan pelajar yang ramai
lecturer : Ni kenapa datang lambat ?
students: Bas lambat dr.
lecturer: Kalau dah tahu bas lambat, awak ambillah bas yang awal sikit.
Linda: Bas sembahyang !
lecturer: Seumur hidup saya, xpernah saya dengar perkataan bas sembahyang.
*semua ketawa*
Sedih tengok keadaan kelas petang tu.
Lecture hall yang kapasitinya boleh muat sampai beratus orang
hanya diisi dengan 50 orang .
campur sorang lecturer , total 51 orang.
Walhal, total students untuk subjek thermo, ada lebih kurang 1++ . *if im not mistaken*
Yela memang paham , kelas pukul 3.00-4.00 petang , hari jumaat pulak tu.
Siapa yang xmalas?
Aku tengok lecturer masuk kelas pakai selipar pun
aku dah tahu yang dia sebenarnya MALAS nak datang.
Tapi disebabkan gigihnya nak mengajar , dia datang jugak.
habis , yang nak belajar ? ke mana ?
Ainsu: Weyhhhhh , kesiannya kat dr . ramai ni je yang datang ?
Aku : Tahu takpe weyh . Mana yang lain ? Asal dorang xnak datang?
Ainsu: Sedihnya kalau aku jadi dia. Banyak ni je yang datang ? Sedihnyaaaa.
aku admit .
kalau aku kat tempat dia , aku pun rasa sedih.
nampak sangat yang aku mengajar xseronok.
cara aku xmenarik.
intonansi aku tiada lagu.
"lain orang lain cara kak . xkan semua orang nak mengajar murid guna cara yang sama macam kau?"
PAUSE
dulu-dulu aku pernah berangan ,
kalaulah aku jadi sorang cikgu.
aku : Aku xsuka bila lecturer nak tanya soalan kat kita . nervous gila kau tahu x? kelas apa sekarang yang xbahaya ? Semua subjek lecturer nak tanya dalam kelas.
ainsu: tahu xpa weyh
aku : tapikan, kalau aku jadi cikgu , aku memang akan tanya soalan kat murid aku weyh. Aku suka . At least aku tahu yang dorang xpaham
ainsu: aku pun . tapi kalau diorang tak dapat jawab, aku bagi duduk lah . Lepas tu aku bagi jawapan.
aku: tapi tulah , aku xsuka cikgu tanya-tanya kita soalan.
ainsu: ha , kalau kau nak buat macam tu, kau pun kena terimalah lecturer buat kat kita sekarang ni.
aku: *angkat bahu*
ada satu hari lecturer differential equation tanya soalan.
dia shoot je kat sesiapa yang dia nak.
dan yang agak malang pada hari tu, yaya.
fif: apa perasaan kau tadi bila kena soal ?
yaya: takut weyh . apa yang aku tulis kat nota semua dah xnampak. padahal nota depan mata ni. terus hilang time-time tu jugak.
bukan apa,
kita kadang-kadang nak menjaga hati cikgu
kita terpaksa 'ya' kan segala apa yang dia tanya
berlagak macam paham
walaupun pada hakikatnya tidak
takut-takut nanti , bila kita kata tak paham , dimarahnya kita semula.
iyalah , lain cikgu, lain caranya
nak selamat?
kita mengakulah yang kita paham semua yang dia ajar.
"do you understand ?"
"yes !"
tapi bila tiba sesi soal jawab
mulalah menggelabahlah semua.
sampai kena extend masa sebab tak ada orang yang boleh jawab soalan lecturer tu.
masa tulah baru sedar diri sendiri sebenarnya bodoh sombong.
jadi, masih nak salahkan lecturer sebab banyak tanya ?
senyum, geleng
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kadang-kadang kita ini kurang hebat dalam pelajaran ,
puncanya dari diri sendiri.
cuba buat refleksi diri .....
bila niat belajar pun dah salah
ilmu mana yang rela datang ketuk dada kita?
hebat boleh stay up sampai tengah-tengah malam
sanggup tak tidur sebab nak buat ulangkaji
tapi kalau hari-hari subuh pukul 7.30pagi
macam mana nak dapat berkat ?
doanya minta jadi orang yang bijak,
tapi kalau kelas xpernah datang
malas sepanjang masa
macam mana ilmu nak lekat ?
kan belajar tu tanggungjawab yang mak ayah kita bagi kat kita ?
ada jugak yang suka mengelat
kawan xdatang kelas, ditolongnya sign kedatangan
bukan ke dah kira menipu tu ?
.
.
.
.
.
.
lecturer : So, do you want extra marks or what ? * sambil tunjuk attendance sheet
students: Extra marks !!!!
lecturer: okay , so i will give you extra marks for your final .
students: yay!! thank you dr .
satu jam sebelum itu,
aku: aku rasakan ain, kalau kita pergi ni, mesti kita xdapat apa. kalau masuk pun 2% je
ainsu: tulah. aku pun rasa. rasa malas je nak pergi .tapi kalau tak pergi tu rasa macam serba salah pulak. so pergi jelah .
aku: tulah, so kalau kita lulus nanti, kita taulah tu markah berkat datang kelas
aku: tulah, so kalau kita lulus nanti, kita taulah tu markah berkat datang kelas
and now you see .
macam mana Tuhan tu nak bagi kita ganjaran atas niat kita :)
"Ikhlas lah dlm belajar walaupun terpaksa , walaupun malas kerana di pengakhirannya nanti ,pasti ada keberkatan " -NabilaKhalib 2013
thanks :)
ReplyDeleteWow sentap
ReplyDelete